Wednesday, December 5, 2012

Apa yang isteri Mahu dr Suami...

Aku sedang masih dalam fasa belajar menerima realiti.... 
Walaupun susah tapi Insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin. 
Aku selalu berDOA allah memberi aku kekuatan dalam mengharungi semua ini.

Info dari 1 Website ni....

Men copy paste ja....---Aku baca dan suka 

so, aku letak sini supaya senang aku nak baca selalu.



Berikut adalah perkara – perkara yang seorang isteri mahu dari suaminya.
  • Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita – wanita lain.
  • Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan – rakan.
  • Seorang isteri  mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.
  • Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya di manja dan di belai suaminya.
  • Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan – angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.
  • Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.
  •  Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.
  • Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.
  • Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud di hargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.
  • Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.

No comments:

Post a Comment